Saturday, February 5, 2011

ANALISIS NOVEL AZFA HANANI

Assalamualaikum,

Pelajar 5 Sains , maaf cikgu baru sempat masukkan nota novel tingkatan 4. tingkatan lima akan cikgu masukkan. cuti ni cikgu sibuk makan kenduri dan open house. Kunjungi lagi blog cikgu esok..ya. Pelajar 4B salin nota yang belum dibuat bersama cikgu di dalam kelas ya. terpulangla nak salin bulat-bulat atau nak buat peta minda...be creative! Homework jangan lupa ya...


TEMA & PERSOALAN.

Novel yang dikaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Tema novel ini ialah penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa kerana kehilangan anak kesayangannya dalam kemalangan jalan raya.

Azfa Hanani seorang anak yatim piatu. Wajahnya mirip Tengku Murni yang telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Disebabkan hal ini, Encik Mazran dan isterinya bercadang membawa Azfa Hanani tinggal bersama mereka kerana ibunya, Datin Maziah yang turut sama dalam kemalangan dengan adik bonus mereka tidak dapat menerima hakikat anak kesayangannya meninggal dunia.

Demi kesihatan Datin Maziah Azfa Hanani bersetuju menyamar sebagai Tengku Murni namun bersyarat.

Novel yang dikaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Terdapat beberapa persoalan diselit oleh penulis dalam karyanya ini.

Antaranya ialah pengorbanan dalam menempuh ranjau kehidupan. Buktinya, Azfa Hanani sanggup meneriam tawaran Abang Mazran dan Kaka Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan sepupunya mendapat rawatan bagi penyakit lumpuhnya sebagai balasan. Azfa Hanani juga berkorban denagan meninggalkan rakan-rakan dan keluarga di kampung.

Tambahan pula, Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-seakan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu.

Persoalan seterusnya ialah, kegigihan dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian. Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya. Bukan itu sahaja, selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih bersikap

optimis dan tidak asa menjalani kehidupan seharian.

Persoalan lain yang terdapat dalam novel ini ialah, berpegang pada janji. Datuk Tengku Mansur tetap menunaikan janji untuk membayar “upah” kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai arwah anaknya Tengku Murni. Selain itu, Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos rawatan anak pak long, Zuraini. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang pada janji mereka 16 tahun yang lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang bagi menebus kesalahan mereka yang mengakibatkan kematian orang tua Azfa Hanani.

Watak & Perwatakan.

Novel yang dikaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Watak utama novel ini ialah Azfa Hanani atau Aku.

Azfa Hanani seorang yang gigih dalam menuntut ilmu. Buktinya setiap hari dia berulang-alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 kilometer dengan menggunakan bas tanpa jemu. Dia juga anak yang taat. Walaupun Pak Long dan Mak Long bukanlah ibu bapa kandungnya Azfa Hanani tetap meminta keizinan dahulu sebelum bersetuju mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur.

Selain itu, dia juga seorang yang penyayang. Azfa hanani amat menyanyangi sepupu-sepupunya. Buktinya sebagai balasan penyamarannya, Azfa Hanani meminta Abang Mazran mengubati penyakit lumpuh sepupunya. Sifat bertanggungjawab juga terdapat dalam diri Azfa Hanani apabila dia mengeposkan kembali buku-buku rujakan SPM yang “dipinjamnya” itu kepada Cikgu Zamin.

Azfa Hanani juga seorang yang bijak bergaul. Buktinya, dia tidak kekok untuk bercampur dengan pelajar-pelajar sekolah barunya, iaitu Sekolah Menengah Taman Sari. Tambahan pula, dia seorang yang teguh jati dirinya. Buktinya, dia masih mahu mengekalkan identity diri sebagai Azfa Hanani walaupun telah diterima baik oleh keluarga Datuk Tengku Makmur.

Novel yang dikaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Terdapat beberapa watak dalam novel ini. Salah satunya ialah Tengku Mazran.

Tengku Mazran merupakan anak yang bertanggungjawab. Buktinya dia berusaha untuk meyembuhkan ibunya dengan mencari penawarnya iaitu meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya Tengku Murni. Dia juga seorang yang penyayang. Atas dasar kasih kepada ibunya, dia berusaha untuk menyembuhkan tekanan perasaan yang dihadapi oleh ibunya dengan menipu mengenai kematian Tengku Murni dengan mengatakan Tengku Murni terlibat dengan program pertukaran pelajar dan mengupah Azfa Hanani meyamar sebagai adiknya.

Tambahan pula, dia seorang yang mengambil berat. Buktinya, dia senantiasa mengambil tahu akan keperluan Azfa Hanani. Bukan itu sahaja, Tengku Mazran juga berpegang teguh pada janjinya. Buktinyan setiap janji terhadap Azfa Hanani ditunainya. Contohnya, dia membiayai pengubatan sepupu Azfa Hanani yang lumpuh dan berjanji kan memasang telefon di rumah Pak Long.

Novel yang dikaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Watak lain yang terdapat dalam novel ini ialah Ekran.

Ekran mempunyai sifat kepimpinan. Buktinya, dia merupakan pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Taman Sari. Tambahan pula Ekran mempunyai bakat dalam perniagaan. Perniagaan burger yang diusahakannya mendapat untung kerana dia mempraktikkan segala yang dipelajarinya di dalam kelas.

Selain itu, Ekran juga seorang yang cekap dalam menguruskan sesuatu pekerjaan. Buktinya, Hari Sumbangsih telah membuat kutipan yang tinggi hasil kecekapannya sebagai pengerusi.

Walaupun Ekran berasal daripada keluarga yang berada dia tidak malu menjual burger. Hal ini, menunjukkan Ekran seorang yang rendah diri.

Plot

Novel yang dikaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Penulis merangkakan binaan plot bagi menarikkan lagi penceritaan.

Pada peringkat permulaan, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang selalu berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku di perpustakaan sudah dikenal pasti dan akan ditangkap. Dia kemudiannya dipanggil ke bilik pengetua. Wajahnya dikatakan seiras dengan Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan diminta untuk menyamar sebagai Tengku Murni.

Perkembangan cerita bermula apabila Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan dan bergaul seperti Tengku Murni. Azfa Hanani dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari.

Bahagian perumitan cerita berlaku apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah Ekran sempena sambutan ulang tahun Tengku Murni/ Azfa Hanani yang ke-17. Azfa Hanani mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan mengenai hubungannya dengan Tengku Murni. Ekran membuat pengakuan bahawa hubungan mereka memang istimewa dan tidak disenangi oleh seseorang.

Klimaks cerita ini beralaku apabial Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffarlah yang menjadi penghalang perhubungan Ekran dan Tengku Murni. Berlaku pertengkaran antara Azfa Hanani dan Tengku Muzaffar. Datin Maziah begitu marah kerana ditipu dan Azfa Hanani dihalau dari rumah.

Peleraian cerita meyaksikan Datuk tengku Makmur memeberitahu Azfa Hanani bahawa beliaulah yang melanggar teksi yang dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani hingga mengakibatkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Datin Maziah dengan menggunakan identitinya sendiri. Pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari telah menjadi johan forum remaja peringkat negeri. Azfa Hanani pula terpilih sebagai Pengerusi Terbaik. Azfa Hanani juga mengetahui siapa sebenarnya Ekran dan berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka berdua.

Latar Tempat.

Novel yang dikaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Latar tempat diselitkan dalam novel oleh penulis bagi menghidukan cerita.

Antara latar tempat ialah, di makmal kimia. Di sinilah Azfa Hanani bimbang kerana mengesyaki perbuatan “mencuri” buku-buku rujukan dari perpustakaan telah terbongkar.

Bilik pengetua merupakan latar yang penting kerana peristiwa di sinilah mengubah hidupnya. Azfa Hanani bertemu pertama kali dengan Tengku Mazran dan isterinya. Mereka menceritakan perihal adiknya yang seiras Azfa Hanani dan meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya demi kesihatan ibunya.

Rumah Pak Long merupakan tempat Azfa Hanani dibesarkan. Di Hotel Universe, Azfa Hanani diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap dan lain-lain lagi.

Latar Masa

Novel yang dikaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah.

Latar masa bagi Azfa Hanani mengambil beberapa bulan sahaja iaitu, semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya menerusakan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari. selepas berpindah ke rumah Datin Maziah.

Peristiwa dalam novel ini berlaku pada siang, petang dan malam. Buktinya, Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar pada waktu pagi. latar petang pula adalah ketika Datian Maziah mengadakan sambutan hari jadi Tengku Murni yang ke-17. latar malam pula adalah semasa Azfa Hanani membaca dan mengulangkaji diari Tengku Murni.

Latar Masyarakat

Novel yang dikaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Terdapat beberapa latar masyarakat dalm novel ini.

Antaranya ialah, masayarakat yang sanggup berkorban dengan tujuan membantu orang lain. Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni dengan tujuan untuk menyelamatkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa.

Selain itu ialah, masyarakat yang mengutamakan kasih sayng. Contohnya sungguhpun kehidupan Pak Long sekerluarga susah namun mereka kaya dengan kasih sayang. Seterusnya ialah masyarakat yang berpegang pada janji. Buktinya, Temgku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi meyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.

Akhir sekali ialah, masyarakat elit yang bonkaka dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dan menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin, malah mencampakkan wang ke atas katil sebagi upah penyamaran Azfa Hananai.

Nilai dan Pengajaran.

Novel yang dikaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Terdapat bebrapa nilai yang diserapkan penulis dalam novel ini.

Nilai yang pertama ialah pengorbanan. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berkorban denagn meenrima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi membantu Zuraini yang memerlukan rawatan bagi merawat penyakit lumpuhnya serat membantu seorang ibu daripada mengalami tekanan jiwa akibat kehilangan anak kesayangannya.

Nilai seterusnya ialah, kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Contohnya Azfa Hanani gigih dan tekun belajar demi masa depannya hingga sanggup “meminjam” buku-buku daripada perpustakaan semata-mata untuk membuat rujukan.

Selain itu ialah nilai berpegang kepada janji. Contohnya Tengku Muzaffar menunaikan janjinya untuk mengajar Azfa Hanani menggunakan computer selepas selesai menyiapkan tesisnya.

Akhir sekali ialah nilai prihatin. Abang Mazran dan isterinya sangat mengambil berat tentang keperluan Azfa Hanani sepanjang tinggal di rumah ibu mereka.

Novel yang dikaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah.

Pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah, kita hendakjalh sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Azfa Hanani sanggup memerima tawaran Abang Mazrann untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah mengalami tekanan jiwa yang akan mengganggu kesihatannya.

Selain itu untuk berjaya kita mestilah gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.

Janganlah kita lupa akan asal usul kita. Azfa Hanani bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya terdiri daripada golongan yang elit. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran mahupun Datin Maziah.

Selain itu, kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan atau memerlukan pertolongan. Tengku Mazran sedaya upaya mendapatkan rawatan bagi Zuraini sehingga menghantar Zuraini ke Indonesia bagi mendapatkan rawatan. Akhirnya, Zuraini dapat berjalan semula.

No comments:

Post a Comment