Saturday, February 19, 2011

Rakanku-Guruku

Assalamualaikum,

Anak-anak di SMK Tanjung Pauh, akhir-akhir ini cikgu tidak memuatkan bahan kajian sastera dalam blog cikgu. Cikgu agak sibuk menyiapkan Perancangan Strategik Sekolah.

Sesiapa sahaja yang membaca blog ini, doakan semoga rakan sekerja yang sangat saya sayangi dan hormati, Puan Nor Salmiah diberi kesejahteraan dalam bertarung dengan penyakitnya kanser pankreas ( stage 4 ) . Doakan semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk dia. Anak-anak cikgu di SMK Tanjung Pauh, baca Yaasin dan berdoa untuk kesejahteraan Cikgu Nor Salmiah .

Sesungguhnya banyak kenangan manis yang cikgu lalui bersama-samanya...Kata-kata gurauan daripadanya terisi pengajaran bagi mereka yang berfikir . Hati sentiasa terhibur apabila bersama-samanya. Cikgu sangat sedih..sayu setiap kali melihat dia bertarung dengan kesakitannya! Pada saat dia kesakitan, cikgu hanya mampu menziarahi dan berdoa untuknya..!

No comments:

Post a Comment