Tuesday, January 25, 2011

Salam Sejahtera,

Selamat datang ke blogku...seorang guru yang terpanggil menulis setelah berbelas tahun mengajar .
Setelah berkhidmat selama 17 tahun, aku sedar kerjaya ini sangat bermakna bukan sahaja pada kehidupanku tapi juga kepada anak bangsaku. Banyak orang bertanya mengapa memilih guru sebagai suatu kerjaya? Jawapannya :

1. Aku mengagumi guru-guru yang pernah mengajarku suatu ketika dulu dan ingin jadi seperti
mereka. Antaranya,Cikgu Zakaria yang kini tinggal di Kuala Kedah, allahyarham Cikgu
Rokiah , (SK Kuala Kedah ),Cikgu Rabiatul, Arwah Cikgu Rohani,Cikgu Nordin, Cikgu
Karim
,Cikgu
Kamariah,Cikgu Fatimah Sham, ( SMK Yan ),Cikgu Menteri Abdullah,Cikgu
Palusamy
,Cikgu Baha (SMK Guar Chempedak) dan banyak lagi. ALFATIHAH untuk guruku yang
sudah meninggal
dunia.

2. Kerjaya ini sesuai untukku sebagai seorang perempuan.

3. Inilah suatu ibadah yang boleh memanfaatkan diriku dan orang lain.

4. Arwah ayahku sangat berbangga kalau anak-anak perempuannya menjadi guru.

Tentu rakan-rakan guru yang membaca blog ini, mempunyai alasan tersendiri memilih kerjaya guru.

Semoga jumpa lagi...kita akan berkongsi apa-apa sahaja berkaitan anak didik kita.................